08 April 2008

Astra Gunung Pulai - 9MX485





Mbah Ayub dengan berlatarbelakang HF pole
14/08/2005 - Pak Malau cari skru jatuh...... Repair bersama2 dengan 9M2RR, 9W2YR, 9W2WMC,9W2SGT,9w2SBH,9W2SLH dan banyak lagi tak ingat doh.

14/08/2005 - Gantikan clip yang dah karat...
14/08/2005 - Banyak orang bantu senang sikit buat kerja..

14/08/2005 - Repair bersama2 dengan 9M2RR, 9W2YR, 9W2WMC,9W2SGT,9w2SBH,9W2SLH dan banyak lagi tak ingat doh.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

23/03/2008 - Tak tau hari yang keberapa dah aku turun naik gunung pulai repair repeater linking dan lokal. Segala-galanya berjalan dengan lancar dan job yang terakhir ialah tune semula cavity.

Gambar spectrum ni tuning untuk receiving cavity for linking iaitu 145.150 dapat -0.4dB dan tx ke Ledang dpt 18.1dB.

Gambar dibawah 9w2PSC sedang memberi penerangan pada 9W2HAA bagaimana cavity bekerja dan cara tuning.

9W2RIS (bertopi) sedang mengambil gambar cavity yang telah dituning.

Inilah dia peti repeater untuk lokal Johor Bahru yang terletak di Gunung Pulai. Freq 147.675 sama dengan Jerai ataupun Bukit Sulai, Kuantan.


Segala-galanya berjalan dengan lancar sehinggalah turun dari puncak dah nak sampai kat rumah gangguan daripada repeater Marts local dimana audio marts akan masuk dilinking bila rakan berqso. Sebelum ini memang tiada orang qso semasa kerja2 baik pulih.

Maka esok kena lah naik lagi ke Puncak Gunung Pulai............

27-03-2008 - Segala kerja-kerja repair untuk repeater linking dan local dah selesai dan boleh digunakan seperti sediakala. Maka terpulanglah pada ahli yang ada di JB untuk maintain. Aku nak pi utara untuk AGM....... nak pi undi pak lemang jadi Presiden.

No comments: